1. Siapa yang boleh menyertai?
Bumiputera dengan ciri-ciri keusahawanan dan mempunyai latar belakang multimedia.
Golongan sasarannya ialah belia , wanita, Orang Asli dan orang kurang upaya .
2. Cara-cara untuk menyertai bengkel Keusahawanan Multimedia Kreatif?
Sila hubungi kami di email secreteriatkmk@gmail.com dan talian telefon 03-2026 3001 .
3. Selama berapa hari bengkel akan dijalankan?
Bengkel akan diadakan selama 3 hari 2 malam.
4. Berapakah harga yuran yang akan dikenakan untuk para peserta?
Tiada yuran yang dikenakan, apa yang diperlukan ialah komitmen daripada para peserta untuk
menghadiri bengkel selama 3 hari 2 malam.
5. Siapakah yang harus dihubungi untuk menyertai program ini?
Sila hubungi sekretariat KMK.
6. Jika bukan golongan sasaran bolehkan menyertai program?
Tidak boleh
7. Bolehkan peserta dari program KMK 1 menyertai KMK2?
Boleh.
8. Bolehkah peserta baru memasuki KMK Susulan?
Tidak boleh, hanya bekas peserta KMK 1 (fasa 2) sahaja boleh menyertai KMK Susulan.
9. Adakah program ini melibatkan pertandingan dan apakah hadiah yang ditawarkan?
Ya, pada peringkat 1 seramai 25 orang akan dipilih dan dilatih untuk menyertai pertandingan IPCC
anjuran MDEC serta akan diberikan RM500.00 setiap seorang.
10. Apa itu IPCC?
IPCC adalah pertandingan Siri Cabaran Pencipta Harta Intelektual, ia merupakan pertandingan
kandungan kreatif (creative content) tahunan yang merangkumi 4 kategori iaitu Komik interaktif digital,
Animasi, Permainan Kasual Komputer dan Permainan Telefon Mudah Alih. Pemenang akan diberikan geran sebanyak RM10,000.00 bagi setiap kategori.Untuk penerangan lanjut sila layari laman
web IPCC www.mscmalaysia.my/topic/IPCC
11. Apakah penganjur menyediakan segala kelengkapan sepanjang bengkel?
Ya penganjur akan menyediakan semua kelengkapan seperti makanan dan minuman, penginapan,
perjalanan dan kemudahan latihan seperti peralatan komputer.
12. Adakah saya boleh membawa kelengkapan seperti laptop sendiri?
Ya.
Info Ringkas
-
Wednesday, March 7, 2012
Posted by Sekretariat KMK at 7:20 PM | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |